Matlamat dan objektif Institusi Pendidikan Hira'

Matlamat pendidikan Hira' adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyuluh , seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan soleh yang dapat menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi.

Bagi mencapai matlamat di atas, pendidikan di Hira’ akan memberikan tumpuan kepada perkembangan setiap individu pelajar dari peringkat tadika, rendah hingga menengah dan seterusnya ke peringkat Kolej dan Universiti. Tumpuan khusus akan diberikan mengikut peringkat pelajar tersebut di dalam satu proses pendidikan yang berterusan. Objektif tersebut bolehlah diringkaskan seperti berikut:-

  1. Menanamkan asas ad-Deen yang kukuh khususnya di dalam dasar-dasar aqidah, asal-usul ibadat dan cara-cara melaksanakan yang betul.
  2. Menyedarkan tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk memeliharanya.
  3. Menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk menambah serta mengembangkannya.
  4. Membersihkan diri dan hati dari sifat-sifat yang mazmumah (buruk) menanamkan sifat-sifat yang mahmudah (baik)

Visi

Menjadi institusi yang menerajui sistem pendidikan Islam holistik dan Inovatif

Misi

Membina tokoh masyarakat yang bersifat rabbani melalui sistem pendidikan Islam yang menyeluruh, unggul dan dihormati.

Falsafah Pendidikan

Pendidikan yang berteraskan Tauhid bermatlamat untuk membina, membentuk dan melahirkan insan Rabbani yang beriman, berilmu dan berakhlak serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia seperti mana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang terkini, seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan

Polisi

IPH komited untuk memberi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dalam proses melahirkan Insan rabbani yang mampu mengubah diri, keluarga dan masyarakat melalui sistem pengurusan kualiti yang bersepadu, seimbang dan terkini dan dipertingkatkan keberkesanan secara berterusan.